Setiap hari pergi workout, tapi balik daripada gym, badan tetap rasa sengal-sengal dan sakit sendi. Rasa macam penat je sepanjang hari, walaupun dah cuba rehat.
Â
Pernah tak anda terfikir, kenapa masalah ni terjadi. Sedangkan, workout ni merupakan aktiviti yang menyihatkan badan bukan menyakitkan badan.
Â
Gerakan semasa workout yang salah atau posture tidak betul boleh beri tekanan berlebihan pada sendi dan tisu sekitarnya, bukan sahaja otot. Sendi direka untuk bergerak secara stabil, bukan menanggung tekanan berlebihan. Bila tekanan ni berulang kali berlaku, lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit sendi berulang.
Apabila otot sebelah sahaja yang lebih kuat, bahagian yang lemah terpaksa tanggung tekanan yang berlebihan. Lama kelamaan bahagian yang lemah tersebut menjadi sakit atau cedera.
Bila kita terus workout tanpa pemanasan, sendi, tendon dan ligamen belum bersedia, aliran darah ke otot & sendi juga kurang, menyebabkan nutrien dan oksigen tidak mencukupi, sekaligus meningkatkan risiko sendi tercedera, bengkak, letih dan sakit.
Otot juga seperti manusia, mereka perlukan masa yang cukup untuk pulih selepas menerima tekanan semasa workout. Otot boleh menjadi rapuh jika terlalu kerap terima tekanan.
Workout terlalu awal selepas cedera sebenarnya tidak membantu, tapi menambahkan lagi kecederaan tisu yang sedang pulih dan mempercepatkan kerosakan. Kemungkinan boleh jadi mudah terseliuh atau terkehel.
Sofea Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi di negeri Melaka dan Johor yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Â
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Â
Sofea Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
Nak tahu punca masalah sakit anda?
Jom tanya pakar fisio
9.00 AM – 6.00 PM
Dibuka Setiap Hari.