Sakit Sendi Tetap Berulang Walaupun Workout? Kenapa?

Setiap hari pergi workout, tapi balik daripada gym, badan tetap rasa sengal-sengal dan sakit sendi. Rasa macam penat je sepanjang hari, walaupun dah cuba rehat.

 

Pernah tak anda terfikir, kenapa masalah ni terjadi. Sedangkan, workout ni merupakan aktiviti yang menyihatkan badan bukan menyakitkan badan.

 

Dah Workout, Tapi Rasa Sakit Makin Bertambah? Jom Ketahui Puncanya:

1. Teknik Workout Salah Penyebab Sakit Sendi

Gerakan semasa workout yang salah atau posture tidak betul boleh beri tekanan berlebihan pada sendi dan tisu sekitarnya, bukan sahaja otot. Sendi direka untuk bergerak secara stabil, bukan menanggung tekanan berlebihan. Bila tekanan ni berulang kali berlaku, lama-kelamaan boleh menyebabkan sakit sendi berulang.

2. Otot Tak Seimbang

Apabila otot sebelah sahaja yang lebih kuat, bahagian yang lemah terpaksa tanggung tekanan yang berlebihan. Lama kelamaan bahagian yang lemah tersebut menjadi sakit atau cedera.

3. Kurang Pemanasan & Regangan Punca Sendi sakit

Bila kita terus workout tanpa pemanasan, sendi, tendon dan ligamen belum bersedia, aliran darah ke otot & sendi juga kurang, menyebabkan nutrien dan oksigen tidak mencukupi, sekaligus meningkatkan risiko sendi tercedera, bengkak, letih dan sakit.

4. Overtraining / Terlalu Kerap

Otot juga seperti manusia, mereka perlukan masa yang cukup untuk pulih selepas menerima tekanan semasa workout. Otot boleh menjadi rapuh jika terlalu kerap terima tekanan.

5. Sendi Belum Pulih Sepenuhnya Penyebab Sakit Sendi

Workout terlalu awal selepas cedera sebenarnya tidak membantu, tapi menambahkan lagi kecederaan tisu yang sedang pulih dan mempercepatkan kerosakan. Kemungkinan boleh jadi mudah terseliuh atau terkehel.

Sofea Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi di negeri Melaka dan Johor yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.

 

Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!

 

Sofea Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;

  1. Stroke/Angin Ahmar
  2. Slip Disc
  3. Sakit Lutut/Tumit Kaki
  4. Sakit Bahu/Tangan
  5. Kecederaan Sukan
  6. Rawatan Kanak-kanak

Kategori

Nak tahu punca masalah sakit anda?

Jom tanya pakar fisio

Pilih cawangan terdekat anda

Waktu Operasi

9.00 AM – 6.00 PM

Dibuka Setiap Hari.