Minor stroke ialah stroke ringan yang biasanya menyerang sebelah badan sahaja, dan simptomnya boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.
Â
Walaupun ia bukan stroke besar, tak semua orang dapat kembali aktif seperti biasa selepas itu. Kajian juga menunjukkan sekitar 1 dalam 10 pesakit masih mengalami masalah pergerakan jika tidak dirawat dan dipulihkan dari awal.
Fisioterapi ni penting untuk bantu otak dan badan pesakit belajar semula cara untuk gerakkan semula fungsi badan. Jika terlalu jarang dapatkan rawatan fisioterapi, otak akan lambat aktif semula dan proses untuk pulih jadi lambat.
Tujuan menggerakkan anggota badan setiap hari untuk elakkan otot daripada menjadi tegang dan keras terlalu cepat. Jika otot sudah menjadi keras, anggota badan akan susah untuk diluruskan atau dibengkokkan semula. Selain itu, ia juga bantu lancarkan aliran darah pesakit.
Walaupun pesakit stroke kelihatan okay semasa berjalan, tapi sebenarnya keseimbangan badan mereka masih belum kuat dan stabil. Sebab itu, mereka perlu sentiasa ditemani kerana mereka boleh jatuh bila-bila masa.
Pesakit minor stroke ni biasanya akan jalan terhuyung hayang sebab badan masih belum boleh kawal keseimbangan badan. Jadi, gunakan alat bantuan untuk elak daripada jatuh. Yang paling penting, boleh latih semula cara berjalan dengan lebih selamat.
Pantau keadaan anggota badan pesakit sama ada anggota badan makin lemah, rasa kebas makin melarat, percakapan tiba-tiba berubah (pelat) atau penglihatan jadi terganggu. Jika ada perubahan ini, segera maklumkan kepada doktor supaya rawatan dapat diberikan lebih awal dan risiko kerosakan saraf dapat dikurangkan.
Sofea Physiotherapy merupakan pusat rawatan fisioterapi dan rehabilitasi yang di negeri Melaka & Johor yang menawarkan rawatan manual terapi dan elektroterapi oleh pakar fisioterapi berkelulusan dari universiti terkemuka Malaysia.
Â
Ahli fisioterapi kami akan menilai dahulu tahap keseriusan sakit anda dan akan merangka rawatan yang terbaik untuk anda!
Â
Sofea Physiotherapy boleh bantu anda dalam merawat masalah;
Nak tahu punca masalah sakit anda?
Jom tanya pakar fisio
9.00 AM – 6.00 PM
Dibuka Setiap Hari.