




Teknik ini dilakukan dengan menggerakkan sendi dengan gerakan tertentu bagi melegakan sendi yang ketat, meningkatkan penghasilan cecair sendi(synovial fluid) dan melegakan kesakitan.
Pakar fisioterapi akan mengunakan tekanan dan intensiti yang sesuai terus pada sendi. Antara Teknik Joint mobilisatiopn adalah sustain mobilisation dan oscillation mobilisation.
Pesakit yang sudah lama mengalami masalah sendi ketat,sakit dan berbunyi akan mendapat manfaat serta kesan positif dari rawatan yang yang diterima.
Teknik yang diasaskan oleh Brian R. Mulligan, merupakan salah seorang fisioterapi terkenal dunia. Teknik ini terbahagi kepada tiga iaitu, Natural Hypophyseal Glides (NAGs), Sustained Natural Hypophyseal Glides (SNAGs) and Mobilisations with Movement (MWMs).
Teknik Mulligan bantu merawat sakit pada tulang belakang. Antara masalah yang biasa dirawat menggunakan Teknik ini adalah slip disc, spondylysis, ruang tulang sempit (spinal stenosis) dan sendi facet keras (facet joint stiffness).
Teknik ini sangat efektif untuk melepaskan saraf yang tersepit dan mengurangkan sakit dan kebas.
Selain itu, Teknik mulligan juga digunakan pada sendi bahu,lutut, lengan dan sebagainya. Teknik khas yang diadaptasi dari New Zealand ini mempunya tahap keberkesanan yang tinggi dalam meningkatkan julat pergerakan sendi.

9.00 AM – 6.00 PM
Dibuka Setiap Hari.
9.00 AM – 6.00 PM
Dibuka Setiap Hari.
© 2025 SOFEA PHYSIOTHERAPY. Hak cipta terpelihara.
© 2025 SOFEA PHYSIOTHERAPY.
Hak cipta terpelihara.