Tips Sihat
Doa Sakit Sendi dan Saraf

Doa Sakit Sendi dan Saraf

Sakit sendi dan saraf boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang tanpa mengira usia. Antara masalah yang sering dialami termasuk sakit belakang, sakit lutut, kebas tangan, kebas kaki, slip disc dan saraf terhimpit. Selain mendapatkan rawatan yang sesuai, umat Islam juga digalakkan untuk berdoa menggunakan doa sakit sendi dan saraf ini dan bertawakkal kepada Allah SWT agar diberikan kesembuhan dan kekuatan menghadapi ujian kesakitan.

Doa dan Ayat Al-Quran Untuk Sakit Sendi dan Saraf

Doa yang boleh diamalkan bila sakit sendi & saraf.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insan ayat 28:

“Kamilah yang menciptakan mereka dan menguatkan sendi-sendi mereka. Dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan mereka dengan orang lain sebagai pengganti.”

Ayat ini mengingatkan bahawa Allah SWT adalah pencipta tubuh badan manusia, termasuk tulang, sendi dan saraf yang berfungsi dengan sempurna atas izin-Nya.

Bagi mereka yang mengalami sakit sendi, sakit urat saraf, sakit belakang kronik, kebas tangan atau kaki, bolehlah mengamalkan bacaan Surah Al-Insan ayat 28 serta berdoa memohon kesembuhan daripada Allah SWT. Semoga diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan pemulihan.

Punca Sakit Sendi dan Saraf

Antara punca yang sering menyebabkan masalah sendi dan saraf termasuk:

  • Kecederaan sukan atau kemalangan
  • Postur duduk dan berdiri yang tidak betul
  • Slip disc atau saraf terhimpit
  • Osteoarthritis (sendi haus)
  • Kurang aktiviti fizikal
  • Faktor penuaan
  • Berat badan berlebihan
  • Penyakit seperti diabetes yang menjejaskan saraf

Rawatan Untuk Sakit Sendi dan Saraf

Selain doa dan amalan kerohanian, rawatan fisioterapi boleh membantu mengurangkan kesakitan serta meningkatkan pergerakan dan fungsi harian. Rawatan biasanya merangkumi:

  • Penilaian punca kesakitan
  • Terapi manual
  • Senaman pengukuhan otot
  • Latihan keseimbangan dan pergerakan
  • Pendidikan postur dan ergonomik

Gabungan rawatan yang betul, senaman yang konsisten dan doa kepada Allah SWT boleh membantu proses pemulihan menjadi lebih baik.

Senaman Sakit Belakang

Jom tonton video dibuat untuk melihat cara kurangkan masalah sakit belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *